Home

Program Pemerkasaan Diri Dan Integriti

Pada 22-24 Januari 2010 yang lepas, Airborne Discovery diberi tanggungjawab untuk melaksanakan sebuah program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang bagi mereka yang dikategorikan sebagai delinkuen kanak-kanak.

Program ini telah pun berjalan dengan jayanya dan majlis penutup disempurnakan oleh Y.Berhormat Dato' Haji Shafik Fauzan, Exco Pelancongan dan Warisan Negeri Pahang.

Para peserta melapor diri pada sebelah pagi dengan melalui ujian 'fingerprint analysis' untuk mengenal dengan lebih mendalam lagi tentang keperibadian dan laporan yang diperlukan bagi memudahkan tujuan bimbingan oleh para kaunselor dan pegawai jabatan.

Program sebelah petang diwarnai dengan pengantar latihan oleh Tn. Hj Noor Azizan yang menyentuh tentang banyak aspek dan realiti kehidupan. Mereke diberi suntikan semangat agar mempunyai komitment yang menyeluruh untuk berubah dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Dr. Azhar Yaakub memulai sesi beliau dengan tajuk 'Sepetang di Pondok'. Para peserta muslim diberi sehelai kain serban dan diajar bagaimana untuk mengikatnya. Simbolik disebalik sehelai kain putih ini, adalah diharapkan agar mereka memulai hidup baru dan perlu meneruskan proses pembelajaran untuk menjadikan mereka insan yang lebih berguna kepada masyarakat.

Disebelah malamnya, Ust. Roslan dari Baitul Islah mengambil sessi 'Bencana Dosa' dan banyak memberi kesedaran kepada peserta agar tidak mengulangi kesilapan yang telah mereka lakukan. Program 'recall' yang dikendalikan oleh beliau juga berjaya menyentuh spiritual mereka, sehingga ada yang tersungkur dalam tangisan taubat.

Di hari kedua peserta menghabiskan masa selama 6 jam dengan melalui beberapa permainan luar kelas yang terkandung kisah-kisah hikmah yang tersendiri.

Dengan dikendalikan oleh Ustazah NoorHafizah dan Hajah Hanizah, program disebelah malam sangat menyentuh perasaan dibawah tajuk ' dari lubuk hati ibu..... '.Tiga peserta tampil ke hadapan dan berkongsi pengalaman mereka dengan ibu masing-masing, dan kemudiannya para moderator memainkan peranan sebagai ibu dan membuat induksi agar mereka mengerti hati dan perasaan ibu bilamana mereka melakukan pelbagai tindakan yang liar dan tidak menyenangkan. Sekali lagi, ramai peserta yang tersungkur dan rebah dengan linangan air mata bilamana mengerti perasaan orangtua terhadap mereka selama ini......

Didalam ucapan penutup, Y.Berhormat Dato' Hj Shafik Fauzan memukau hadirin dengan lantunan surah Ar-Rahman yang bertujuan untuk memujuk dan melembutkan lagi hati para peserta. Beliau banyak mengambil berat dan bertanya-sapa hampir kepada setiap peserta dan mengingatkan agar mereka tidak lagi mengulangi jenayah yang telah mereka lakukan. Dengan laungan kata-kata semangat, beliau menyeru agar peserta berubah dan boleh menjadi insan yang lebih berguna dimasa akan datang.

Begitulah serba-sedikit catatan penulis disepanjang program ini berlangsung. Masih banyak lagi ruang boleh diperbaiki dan masih jauh lagi perjalanan adik-adik ini. Penulis meminta maaf kerana tidak dapat menyiarkan gambar-gambar di atas sebab-sebab kerahsiaan. 

 

 
Subuh
5:52 AM
Syuruk
7:07 AM
Zohor
1:13 PM
Asar
4:21 PM
Maghrib
7:19 PM
Isya'
8:25 PM
Kuala Lumpur Sahaja

AIRBORNE DISCOVERY SDN. BHD
No. 5A,Tingkat 1,Blok 2,
Worldwide Business Park,
Jalan Tinju, 13/50 Seksyen 13,
40675 Shah Alam,Selangor

 

Tel: +603 5511 7971
+6019 356 6553

Fax: +603 5512 7971

 

 
images/airborne _4    
Hak Cipta Terpelihara © 2008 Airborne Discovery Sdn Bhd.All Rights Reserved.