Home

Program Spiritual Happiness untuk PERSIS di Universiti Malaysia Pahang (19-21 Nov 2009)
 

Bertempat di kampus induk UMP Gambang, Airborne Discovery diberi amanah untuk mengendalikan program ‘Spiritual Happiness’ bagi ahli PERSIS. Program ini dijalankan dengan kerjasama anjuran Unit Kaunseling, UMP dan dirasmikan oleh Sdr. Saiful Baharin Ahmad Bakarin, Pendaftar UMP.

 

Pada hari pertama ini, program dikendalikan oleh Hj Noor Azizan Abdul Majid dengan dimulai dengan modul Pengantar Spiritual Happiness. Peserta menyanyikan beberapa lagu patriotik termasuk ‘ 1 Malaysia’ dan mereka diajak untuk menghayati setiap bait-bait lagu bagi menyuntik semangat agar terus membara. Sesungguhnya generasi muda inilah yang bakal menggalang tanggungjawab bagi meneruskan kepimpinan Negara di masa depan.

 DSC_0871.JPGDSC_0872.JPG

 DSC_0875.JPG 

Kegembiraan dan hubungan rapat sesama mereka terjalin melalui sessi ‘ice-breaking’ yang dilihat mampu memecah belenggu dalam apa yang biasa mereka lakukan selama ini. Lihatlah bagaimana mereka berinteraksi dan kelihatan ‘enjoy’ sekali dalam melakukannya.

 

Pada hari pertama ini peserta dibawa mengembara kealam semesta raya menikmati keindahan penciptaan langit dan bumi. Mereka diminta untuk merenung tentang kehebatan Sang Pencipta yang menjadikan jagat raya ini tanpa sempadan dan dipenuhi berjuta-juta galaksi, nebula dan kosmos.

 

Disamping tampilan visual yang sangat menarik perhatian dan tumpuan, mereka juga dilibatkan dalam beberapa aktiviti dan menunjukkan bakat mereka dalam mengalunkan beberapa buah lagu yang membangkitkan motivasi serta menyentuh sudut spritualiti.DSC_0132.JPG

 

Dalam menghayati setiap modul yang disusun khusus untuk program ini, mereka agak terperangkap dengan simulasi ‘menghayati bunga terindah’.

 

Mereka kelihatan teragak-agak dan terpaku untuk bertindak dalam memberi respons terhadap simulasi yang dilakukan.  Di dalam sessi penggulungan, mereka menyedari betapa peri pentingnya untuk mencerdaskan apa yang dipanggil ‘Emotional Quotient’ dan tidak hanya memeluk tubuh bahkan harus bangun dan bangkit untuk memeilihara setiap sesuatu yang dijadikan Tuhan dengan penuh kesempurnaan dan kecantikan dari dirobek dan dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia yang rakus!

DSC_0900.JPGDSC_0897.JPG

 

Di hari kedua, peserta menghabiskan masa dengan melakukan sessi ‘outdoor’ dan mereka bersemangat sekali menghabiskan setiap tugasan yang diberi walaupun dalam keadaan cuaca hujan sepanjang hari. Sessi hari kedua ini dikendalikan oleh Saudara Afendi Jamhur dari PT Khatulistiwa. Di sebelah malamnya, sessi refleksi diri dikendalikan oleh Hajah Hanizah Ujang dan Sessi ‘CURHAT’ pula dikendalikan oleh Puan Siti Aishah dan dibantu oleh saudara Andy Setiawan.

 

Pada awal pagi hari ketiga, peserta sudah berkumpul di aula seawal jam 3.30 pagi untuk memulakan Qiammulaill dan sessi’ renungan diri’.

 DSC_0057.JPGDSC_0067.JPG

 

Peserta dibawa menjalani sebuah perjalanan spiritual yang harus mengaktifkan kesemua pancaindera yang lima. Kemudian mereka dibawa untuk merenung jauh ke dalam diri tentang apa yang telah mereka lalui setakat ini. Ini mampu membangkitkan elemen spiritual dalam diri mereka. Setelah selasai sessi ini dijalankan, mereka bermaafan sesama sendiri dan merasakan hubungan antara mereka menjadi semakin rapat dan erat.DSC_0069.JPGDSC_0075.JPG Mudah-mudahan sentuhan yang kami bawakan ini akan membantu menjana semangat perjuangan yang tinggi bagi meneruskan kepimpinan negara di masa depan. Kepada semua peserta, kami ucapkan syabas dan tahniah kerana telah berjaya menyempurnakan segala tugasan dengan baik dan cemerlang.

Selamat Berjuang!!

 

 
Subuh
5:52 AM
Syuruk
7:07 AM
Zohor
1:13 PM
Asar
4:21 PM
Maghrib
7:19 PM
Isya'
8:25 PM
Kuala Lumpur Sahaja

AIRBORNE DISCOVERY SDN. BHD
No. 5A,Tingkat 1,Blok 2,
Worldwide Business Park,
Jalan Tinju, 13/50 Seksyen 13,
40675 Shah Alam,Selangor

 

Tel: +603 5511 7971
+6019 356 6553

Fax: +603 5512 7971

 

 
images/airborne _4    
Hak Cipta Terpelihara © 2008 Airborne Discovery Sdn Bhd.All Rights Reserved.