|
Pada 27-30hb Oktober 2009, Airborne Discovery telah menghantar beberapa kakitangannya ke Bandung Indonesia untuk menjalani latihan khusus bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran dihutan. Program ini telah berjalan dengan jayanya dan kesemua urusan logistik diuruskan dengan kerjasama PT.Khatulistiwa.
Peserta didedahkan dengan beberapa kemahiran asas seperti teknik simpulan tali yang biasa digunakan semasa perkhemahan, flying fox, latihan di air dan sebagainya.
Slot ini dikendalikan oleh pasukan 'Santri Siap Guna (SSG)' Darut Tauhid. Peserta juga diuji untuk memastikan bahawa mereka benar-benar faham dan dapat mengingati setiap perkara yang diajarkan dengan baik.
Para peserta dibawa untuk menguji kecerdasan fizikal melalui aktiviti 'morning tea-walk' yang meredah kebun sayur dan ladang teh. Dengan rupa bentuk geografi yang tidak rata, ianya benar-benar menguji tahap stamina yang dimiliki setiap peserta. Aktiviti yang agak meletihkan tetapi menarik!
Dari kiri, En. Ahmad Sirat, En. Hasan, Hj Azizan dan cik Anisah bergambar dipuncak bukit sambil melepaskan lelah mendaki bukit yang agak curam. Program ini penting untuk menilai tahap kecerdasan stamina setiap fasilitator yang membantu menjalankan program agar terus berada dalam keadaan yang baik.
Para peserta bergambar sebelum acara 'water rafting' atau pun arung jeram diadakan. Walaupun hujan turun mencurah-curah ditambah dengan cuaca dingin Gunung Pangalengan, para peserta tetap menunjukkan keazaman yang kuat untuk meneruskan cabaran berkayuh sejauh 4.5km dengan mempunyai 13 'rapid' kelas 3 yang menyeronokkan.
Aktiviti menunggang kuda juga dijalankan bagi mengambil iktibar dari sunnah Rasulullah yang menganjurkan umatnya agar berkuda bagi menyihatkan tubuh badan.
|